Thursday, December 5, 2013

5 Tips Dalam Berpasangan

Assalamualaikum, hari ini miss puurple, akan ajar 5 tips dalam berpasangan. Entry ini khususnya untuk pasangan yang bermasalah. Miss puurple harap dengan cara ini korang dapat berbaik. Miss puurple akan doakan semua pasangan yang baca entry ini, akan bahagia.  Amin-

Inginkah anda mengetahui apakah tips penting dalam berpasangan? Ianya terdiri daripada 5 perkara utama yang perlu ada dalam setiap pasangan di dunia ini.

1. SALING MEMPERCAYAI

Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samaada dari segi percakapan,pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk kepercayaan sekiranya anda pernah dikecawakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Tidak salah bukan?

2. SALING MEMAHAMI

Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab "tak nak" , "tak mahu" , biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya. 

3. BERTOLAK ANSUR

Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkaran. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharap si Dia bertolak ansur dulu, tapi andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. KEJUJURAN

Anda ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah samaada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Tapi kalau nak berbohong biarlah kena dengan situasi contoh seperti anda berbohong dengan si Dia kerana menjaga maruah keluarga atau pasangan anda. Atau anda berbohong menjaga si hati Dia.

5. KESETIAAN

Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang perlu anda jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

>>>> Diharapkan dengan tip-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini.    

No comments:

Post a Comment