Friday, December 6, 2013

5 Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita


Okay....kali ini, Miss puuple akan tulis entry berkenaan Ideal type seorang lelaki. Uhh apa itu "Ideal type seorang lelaki" Tak tahu??, Nak tahu ke?? Ahh bacalah dulu entry bawah ini. Kepada sesiapa yang belum ada pasangan, mungkin anda boleh amalkan tips-tips yang Miss puurple tulis ini. -Gudluck-


1. Keimanan

Apabila seseorang lelaki memandang seorang perempuan itu, mesti sejuk mata, hati memandangnya. Itu adalah tanda, perempuan itu kuat imannya. Lelaki sukakan perempuan yang kuat iman, Sebab apabila dah kahwin, tak akan berlaku pertengkaran.

2. Pandai Memasak

Naughty-naughty lelaki pun, mereka tetapi akan cari perempuan yang pandai masak sebagai teman hidupnya. Kerana orang dulu2 kata "Nak pikat suami, pikatlah seleranya dulu". So, perempuan kenalah pandai memasak barulah lelaki cari. :)

3. Sopan Santun

Apabila perempuan ni bersikap sopan-santun, mesti lelaki pon beria-ria nak berkenalan dengan kita. Sebab lelaki pantang tengok perempuan yang bersikap sopan-santun sebab susah nak cari zaman ini. ^_^

4. Menutup Aurat

Sehensem-hemsen lelaki pon, tetap mereka akan cari perempuan yang menutup aurat. Kerana perempuan yang menutup aurat digelar "maruahnya mahal. Disebabkan mereka tidak akan biarkan sesiapa saja yang bukan mahram tengok auratnya. Sebaliknya, perempuan murahan adalah mereka yang membiarkan sahaja orang bukan mahram tengok auratnya.

5. Berfikiran Terbuka

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang dicari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang dijaga dan dibelai.

   # Okay sekian sahaja entry miss puurple kali ini. Terimas kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini. 




No comments:

Post a Comment